AKTA PENDIDIKAN KHAS


AKTA PENDIDIKAN KHAS
BAB 8 – Pendidikan Khas

Perkara 40.  Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas.
Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(10(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikrkan oleh Menteri sesuai dan bermanfaat.

Perkara 40.  Kuasa untuk menetapkan tempoh dan 
kurikulum pendidikan khas.

(1)   Tertakluk kepada  subseksyen (2) dan (3), 
Menteriboleh melalui peraturan-peraturan menetapkan –



(a)   Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas;
(b)   Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;
(c)    Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalan setiap kategori sekolah khas; dan
(d)   Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud Bab ini.

(2)   Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a) tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah dan menengah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta ini.

(3)   Kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang semusabahnya praktik.







No comments: