DEFINISI


  • Definisi Murid Pendidikan Khas.
Mengikut terjemahan Kirk (1993), definisi pendidikan khas adalah, " Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dari segi, ciri-ciri mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal, tingkah laku sosial atau emosi, keupayaan komunikasi dan pelbagai kekurangan
sehingga memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, ataupun perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia dapat berkembang kepada kemampuan yang maksimum."

Culatta (1999) pula mendefinisikan pendidikan khas adalah pengajaran yang bercorak individu direka bagi memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa ataupun perkhidmatan-perkhidmatan persekolahan biasa.


Kategori Murid Pendidikan Khas.
  • Bermasalah penglihatan
  • Bermasalah pendengaran
  • Bermasalah pembelajaran
  • Disleksia
  • Pintar cerdas