SK COMBINED




LATAR BELAKANG SEKOLAH SK COMBINED

Tapak bangunan sekolah ini adalah derma dari pihak Kuching Rural District Council (KRDC), manakala pihak Kuching Municipal Council (KMC) pula bersetuju membina bangunan sekolah. Dari sinilan tercipanya nama “COMBINED” Concil Primary School.


            Tahun 1963 - Hanya dua orang guru iaitu Puan Chan (Guru Besar) dan Puan Vivian Song.  Mereka menumpang di SK Merpati Jepang selama satu tahun dan hanya ada 2 bilik darjah (Darjah 1).  Pada tahun ini juga bangunan baru telah siap dibina 
(Blok A sekarang).

Tahun 1964 – Pindah ke bangunan baru dan mempunyai 12 bilik darjah (2 buah – Darjah 1, 2 buah – Darjah 2, 1 buah – kelas tambahan bagi meurid-murid Tahun 6 yang gagal dari Sekolah St. Paul, Kuching.

Tahun 1967 – Pembinaan blok sekolah yang baru (Blok B sekarang) – mempunyai 7 bilik darjah, 1 buah bilik Pergigian, 1 buah bilik Guru Besar dan 1 buah Pejabat Am.  Madam Vivian Song memangku tugas jawatan Guru Besar.



LENCANA SEKOLAH

BUKU                      :   Sekolah adalah sebuah institusi yang penting 
                                     dalam menimba dan menyebar ilmu.
WARNA BIRU        :   Keharmonian dan perpaduan.

WARNA PUTIH      :   Ikhlas, bersih dan jujur.

WARNA MERAH   :   Kesungguhan dan kegigihan dan dedikasi 
                                     dikalangan warga sekolah membangunkan   
                                     sekolah.

BULAN                  :     Melambangkan Agama Islam sebagai agama 
                                      rasmi negara.
BINTANG              :     Hubungan yang erat dan konsep       
                                      permuafakatan  dan musyawarah dikalangan 
                                      warga sekolah.
MOTO SEKOLAH :     “Berilmu dan berakhlak”.


VISI

MENJADI SEKOLAH CEMERLANG 2013”.


MISI

MELAHIRKAN GENERASI YANG BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAQWA MELALUI PENGURUSAN YANG MANTAP DAN TERANCANG BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM MENUJU WAWASAN 2020.





PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Kebangsaan Combined dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

  •   Mendidik semua murid dengan kesungguhan dan ketekunan tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan etnik mereka,
  •  Sentiasa bekerjasama untuk mencapai keputusan peperiksaan awam dan sekolah pada tahap yang tinggi dan membanggakan,
  • Memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih dan indah,
  • Memastikan disiplin pelajar sentiasa pada tahap yang terpuji,
  •  Menentukan pelajar melibatkan diri dalam bidang kokurikulum dengan aktif dan berkesan,
  • Semua aduan pelanggan akan dijawab dalam tempoh 3 hari,

Kami warga Sekolah Kebangsaan Combined Kuching 
bersedia dan akan menimbangkan apa jua yang dikemukakan berkait dengan perlaksanaan piagam pelanggan ini.




    PELAN PKBP SK COMBINED